Amanat YB Puan Hajah Rodziah Ismail PDF Print E-mail

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang bagi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor menjalankan program khusus membantu rakyat miskin bandar. Bagi Yang pendapatan kurang dari RM1,500 Paras Garis Kemiskinan (PGK), mereka layak menyertai program yang ditawarkan ini.

Program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR Selangor) ini bertujuan mengurangkan peratusan rakyat yang berada di bawah PGK tersebut di samping membantu rakyat lebih berdikari dan bukan hanya mengharapkan bantuan kebajikan kerajaan atau "WELFARE" semata-mata. Peserta program ini bahkan berpeluang untuk memajukan diri melalui latihan-latihan komprehensif yang telah dibentuk selaras dengan dasar baru kerajaan negeri iaitu "WORKFARE" yang mahukan kekuatan jati diri individu itu menjadi pengubah nasib keluarga.

Adalah besar harapan saya bahawa program ini dapat memanfaatkan rakyat secara menyeluruh. Dengan itu, marilah kita meningkatkan jati diri serta menaikkan taraf hidup keluarga tersayang demi kemajuan agama dan negara.

Sekian, terima kasih. Wallahu a'lam.

 

YB Puan Hajah Rodziah Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor