| Amanat Dato' Seri Menteri Besar |
|
|
|
|
Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berjaya melancarkan satu lagi program bagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), iaitu program Mikrokredit Miskin Bandar Selangor, ringkasnya MiMBAR Selangor. Saya merakamkan ucapan tahniah terhadap usaha gigih dan berterusan oleh seluruh jawatankuasa kerja MiMBAR Selangor, yang diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Y.B Puan Hajah Rodziah Ismail. Khususnya masyarakat miskin di bandar, diharapkan program ini dapat meningkatkan pendapatan dan memperbaiki kehidupan mereka. Sejak tiga tahun ini, Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap kebajikan seluruh rakyat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan, bagi menghadapi situasi kos sara diri yang kian meningkat dari masa ke semasa. Kerajaan mahu setiap rakyat Selangor menikmati kesenangan hidup melalui program-program MES yang ditawarkan, agar dapat bersama membina modal insan yang mampu meneruskan kemajuan demi kemaslahatan negeri dan rakyat. Semoga rakyat Selangor dari usia bayi ke usia warga emas, termasuk golongan kelainan upaya, sama-sama bersyukur dan memanfaatkan bantuan yang disediakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, hasil tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab. Sekian, terima kasih. Wassalam,
Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato' Menteri Besar Negeri Selangor |










Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera,