| FAKTA |
|
|
|
1. Bolehkah lebih dari seorang seisi keluarga memohon program MiMBAR Selangor?Tidak. Jika didapati lebih dari seorang peserta seisi keluarga memohon, ke semua permohonan akan ditolak secara automatik. Ini akan dapat dikenalpasti melalui sistem maklumat peserta MiMBAR Selangor. 2. Bolehkah saya mendapat pinjaman Mikrokredit sekiranya saya sudah mendapat Bantuan Niaga?Tidak pada satu masa yang sama. Peserta MiMBAR Selangor hanya boleh memohon salah satu program sahaja sama ada program mikrokredit atau bantuan niaga. 3. Bolehkah mohon dua pinjaman kiosk dalam satu permohonan?Tidak.Peserta MiMBAR Selangor hanya boleh memohon satu kiosk sahaja dalam satu permohonan. 4. Berapakah caj pengurusan atau faedah (“interest”) yang dikenakan kepada peserta?MiMBAR Selangor memberi pinjaman cara Qard Al Hasan, iaitu pinjaman tanpa faedah dan tanpa sebarang bayaran pengurusan. Ini bermakna jika nilai yang dimasukkan ke dalam akaun peserta berjaya adalah sebanyak RM2,000 maka peserta tersebut perlulah membayar semula dengan jumlah yang sama iaitu RM2,000. 5. Bolehkah pemohon mendapat jumlah pinjaman lebih dari maksima?Tidak. Program ini hanya menyediakan pinjaman mikro, dan MiMBAR Selangor tidak akan mengeluarkan pinjaman lebih dari kadar maksima yang dicadangkan. 6. Sekiranya pemohon menetap di kawasan bandar di Selangor, tetapi berniaga di luar bandar Negeri Selangor. Adakah permohonannya boleh dipertimbangkan?Pemohon tidak layak untuk memohon kerana ianya tidak menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh MiMBAR Selangor. 7. Mengapakah jumlah pinjaman yang diluluskan tidak sama dengan jumlah yang dipohon?Setiap permohonan akan dinilai dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilihan (JKP) MiMBAR Selangor dan jumlah pinjamannya diluluskan mengikut kesesuaian perniagaan peserta dan kemampuannya mengembangkan perniagaan sedia ada serta membayar semula pinjaman. 8. Bilakah pinjaman akan dikreditkan kepada peserta?Pinjaman akan dikreditkan kepada peserta dalam tempoh 14 hari bekerja setelah peserta yang lulus permohonan menghadiri kursus pra kelulusan dan menghantar semula dokumen yang lengkap kepada pihak MiMBAR Selangor. 9. Bagaimanakah cara-cara pembayaran balik?Pembayaran balik adalah secara SI (Standing Instruction) bulanan melalui penolakan dari akaun bank setiap 1hb atau bayar terus kepada pegawai-pegawai MiMBAR Selangor sendiri sekiranya bagi kes-kes tunggakan atau membayar lebih dari jumlah kebiasaan yang ditetapkan dengan bank. 10. Bilakah bermula bayaran balik kepada MiMBAR?Bayaran bermula sebulan selepas pinjaman dikreditkan kepada peserta MiMBAR Selangor. 11. Berapa lamakah tempoh pembayaran balik?Tempoh pembayaran adalah dalam masa setahun enam bulan (18 bulan) bermula sebulan dari tarikh pinjaman dikreditkan kepada peserta atau kurang dari 18 bulan. 12. Adakah boleh membuat pembayaran terus ke pejabat MiMBAR Selangor?Sekiranya sampai tempoh penolakan melalui bank pada hujung bulan tetapi baki di dalam akaun tidak mencukupi, peserta boleh datang terus ke pejabat MiMBAR untuk membayar baki pinjaman. Sekiranya peserta ingin membayar lebih untuk memendekkan tempoh pinjaman, peserta juga boleh bayar terus ke pejabat MiMBAR Selangor. 13. Apakah tindakan sekiranya peserta gagal melunaskan pinjaman?Peserta boleh dikenakan tindakan seperti segala butiran akan dipaparkan di papan kenyataan di setiap PKD, PBT, masjid-masjid dan lain-lain tempat yang dirasakan sesuai serta perniagaan disita mengikut jumlah tunggakan atau disita dengan bantuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti di dalam perjanjian yang dipersetujui. 14. Bolehkah peserta membuat permohonan kali kedua setelah selesai membayar semua pinjaman?Ya, boleh. Peserta hanya perlu mengisi semula borang permohonan dan segala proses akan dipercepatkan berdasarkan rekod terdahulu peserta dan perlu memenuhi syarat pinjaman ke-2. 15. Bagaimanakah proses pinjaman kali kedua?Proses pinjaman kali kedua adalah sama seperti proses pinjaman pertama. Dimana peserta perlu mengisi borang permohonan tetapi segala proses akan dipercepatkan mengikut rekod terdahulu peserta dan rekod kehadiran kursus serta buku kewangan MiMBAR mestilah diserahkan untuk pemantauan. 16. Berapakah nilai maksima untuk pinjaman seterusnya?Nilai maksima untuk pinjaman seterusnya adalah sehingga RM5,000 sahaja atau bergantung kepada budi bicara Jawatankuasa Pemilihan. 17. Bolehkah pewaris menyambung membayar pinjaman sekiranya peserta meninggal dunia?Ada 2 pilihan, sama ada pewaris meyambung pinjaman serta bayaran bulanan dan dapat menikmati pinjaman ke-2 atau berunding dengan pengurusan MiMBAR dan kemungkinan hutang boleh dilupuskan. Ini termasuk kemalangan yang menyebabkan peserta yang kehilangan upaya untuk bekerja. 18. Adakah MiMBAR Selangor mengamalkan sikap pilih kasih dan kroni?
MiMBAR Selangor tidak mengamalkan cara pilih kasih atau kroni, kerana kelulusan diberikan mengikut kelayakan sebenar dan kesesuaian permohonan. MiMBAR Selangor mengamalkan konsep KETELUSAN dalam segala hal. |









